Sunday 24 April 2011

Makluman untuk gorup EL-S07. Ada ujian.

Kepada semua pelajar dan pensyarah e-learning.

Untuk memenuhi tugasan ujian/kuiz seperti yang terdapat dalam Panduan Kursus, 2 ujian bertulis berbentuk struktur/esei akan diberikan kepada semua pelajar. Sebaik sahaja soalan ujian dimuat naik, pelajar mempunyai dua setengah hari (mulai 8.00 mlm hari Jumaat sehingga 11.59 mlm hari Ahad). Ujian pertama akan dimuat naik minggu hadapan. Jawapan bertulis dalam dokumen Word perlu dihantar melalui MyGuru2 dengan menklik kepada "Assignment" bertajuk "Tugasan 1a Kumpulan EL-..." Pensyarah e-learning perlu mewujudkan link ini dalam MyGuru2 masing-masing. Caranya klik pada "Assignment" kemudian "Add new". Pastikan diberi tajuk:Tugasan 1a Kumpulan EL-...).

Pelajar dibolehkan berbincang dengan pelajar lain tetapi perlu menjawab secara individu. Jikalau ada petanda yang menunjukkan pelajar berkongsi jawapan yang sama, tindakan akan diambil terhadap pelajar-pelajar yang terbabit. Pelajar adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk mempastikan semua jawapan ujian dihantar sebelum tempoh tamat iaitu pada 11.59 mlm hari Ahad. Pelajar yang tidak berjaya menghantar tepat pada masanya dikira gagal bagi ujian tersebut. Sebarang rayuan hendaklah ditujukan kepada pensyarah e-learning masing-masing dan akan dipertimbangkan mengikut budi bicara pensyarah tersebut.

Pelajar diharap mengulangkaji semua unit dalam Modul 1 untuk menghadapi Ujian 1 ini.

Selamat mengulangkaji.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini!