Sunday 1 May 2011

Garis Panduan Menjawab Ujian 1 (KPD 3016)

Saturday, April 30, 2011 - Permanent
PANDUAN MENJAWAB UJIAN 1 KPD3016 PJJ

Berikut merupakan panduan menjawab supaya tidak tersasar jauh daripada kehendak soalan:

  • 1. Rujuk kepada markah yang diberi. Setiap isi yang tepat akan diberi 2 markah. Maka jikalau soalan itu diperuntukkan 20 markah, jawapan anda perlu ada sekurang-kurangnya 10 isi yang tepat untuk mendapat markah maksimum itu.
  • 2. Apabila soalan meminta contoh spesifik, anda perlu memberi contoh spesifik bukan hanya mencedok isi daripada modul. Pastikan contoh tadi dikaitkan dengan kehendak soalan. Misalnya bagi soalan pertama, contoh perlu dikaitkan dengan bagaimana contoh tersebut "merangsang kemahiran berfikir dan pembelajaran"
  • 3. Soalan 2a, 2b, 2c, dan 2d semuanya berkait. Pastikan apabila menjawab soalan 2a, maklumat dalam pangkal soalan itu diambilkira. Dengan lain perkataan, apabila menjana hasil pembelajaran perlu dikaitkan dengan apa yang diberi dalam pangkal soalan iaitu hasil pembelajaran perlu merujuk kepada hasil pembelajaran yang sesuai dicapai melalui kaedah inkuiri induktif terbimbing bagi menyiasat perkaitan antara pembolehubah.
  • 4. Soalan 2e merujuk kepada aktiviti inkuiri induktif terbimbing bagi mencapai hasil pembelajaran yang tidak melibatkan perkaitan antara pembolehubah.

Selamat menjawab. Semoga berjaya.

Posted by : NURHUDA Nurulhuda binti Abd Rahman
Sat, Apr 30, 11

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen anda di sini!