Wednesday 29 June 2011

Konsep masyarakat majmuk U5

  1. terdiri dari pelbagai kaum yang mengamalkan kebudayaan, agama dan adat resam yang berbeza antara satu sama lain
  2. masyarakat yang ada 2 atau lebih unsur kebudayaan yang tinggal berdampingan tetapi tidak bercampur walaupun hidup dalam satu unit politik yang sama
  3. rakyat asal yang berbeza lebih suka hidup dalam kawasan petempatan yang berasingan
  4. Pembinaan bangsa malaysia berkait dengan pembentukan pemajmukan masyarakat di tanah melayu dan terus berkembang hingga menjadi teras pembentukan malaysia. 
  5. pembentukan masyarakat majmuk di malaysia begitu dekat  bila berbincang dalam konteks sejarah. kesan daripada itu, cukup besar dalam pembinaan bangsa malaysia dalam pelbagai aspek kehidupan hingga konsep pluraliti itu adalah sesuai untuk merujuk kepada malaysia
  6. pembentukan masyarakt majmuk di malaysia adalah kekuatan malaysia jika setiap individu dapat menolak perasaan fanatik kepada bangsa masing masing. 
  7. kerajaan berusaha cuba menghindari dari berlaku rusuhan
  8. memperkenalkan pelbagai dasar dan prinsip sperti
    1. dasar kebudayaan kebangsaan
    2. rukun negara

Peristiwa 13 Mei U4

  1. 13.05.1969, sejarah hitam
  2. rusuhan kaum dan kemuncak masalah perpaduan  - pilihanraya umum 1969
  3. parti tindak demokratik (DAP) dan parti gerakan rakyat (GERAKAN) - tiupkan sintemen perkauman dari perjuangan PAP - mendesak persamaan politik, ekonomi dan sosial untuk semua kaum.
  4. istihar darurat pada 16.05.1969, perlembagaan persekutuan digantung - negara diperintah oleh yang dipertuan agong di bawah undang undang tentera.
  5. MAGERAN - majlis gerakan negara diwujudkan
  6. pulih pada 23.02.1971
  7. pengalaman masa lampau sebagai peringatan kita!

Singapura OUT dari Malaysia U4

  1. singapura sekejap saja bersama malaysia
  2. Lee kuan yew - pemimpin Parti tindakan (PAP) - cetuskan isu perkauman yang serius
  3. cuba mengambil alih MCA, menarik sokongan kaum cina untuk menyokong perjuangannya
  4. lantang memperjuangkan konsep negara Malaysian Malaysia dan mengkritik  kedudukan orang melayu dan kuasa raja melayu.
  5. pemimpin MCA, tan siew sin dan senator t.h.tan mencadangkan singapura keluar dari malaysia
  6. akhirnya 07.081965 singapura keluar dari malaysia dengan disign oleh lee kuan yew dan tunku abdul rahman, tetapi meneruskan kerjasama perdagangan dan pertahanan.

Pembentukan Malaysia 1963 U4

  1. kawasan yang terlibat dengan malaysia pada mulanya sabah, sarawak, brunei, wilayah tanah melayu, singapura.
  2. tetapi, rakyat singapura, brunei, sabah, sarawak tidak semuanya menyokong gagasan ini.
REAKSI AWAL GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA
  1. tunku abdul rahman melawat sabah dan sarawak 1961 - memastikan konsep dan tujuan pembentukan malaysia.
  2. rakyat brunei kurang berminat dengan gagasan ini, tiada sambutan
  3. singapura juga. menyokong parti tindakan rakyat (PAP) - lee kuan yew walaupun dapat tentangan dari parti sosialis dan parti buruh.
JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN (JPPM) & SURUHANJAYA COBBOLD
  1. tujuan JPPM - memberitahu orang ramai tentang gagasan ini - pengerusi, donald stephen dan setiap ketua kepada anggota lain. 
  2. menghantar memorandum persetujuan yang disign oleh semua wakil kepada suruhanjaya cobbold kecuali brunei - 23.02.1962
  3. suruhanjaya cobbold ditubuhkan 1961. tujuan - meninjau pandangan penduduk sabah dan sarawak tentang gagasan ini - lord cobbold sbg pengerusi.
  4. laporan suruhanjaya cobbold dikemukakan. antara usulnya
    1. mestilah mempunyai satu kerajaan pusat yang kuat
    2. perlembagaan mestilah perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957
    3. nama Malaysia dijadikan bahasa kebangsaan
    4. golongan pribumi di sabah dan sarawak hendaklah diberi hak istimewa yang sama seperti orang melayu di tanah melayu
    5. perwakilan parlimen berdasarkan jumlah penduduk dan keluasan sesuatu kawasan
JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN
  1. selepas suruhanjaya cobbold - menyusul jawatankuasa antara kerajaan - diketuai lord lansdowne, timbalan menteri kerajaan british
  2. tujuan - memperincikan butiran kemasukan sabah dan sarawak ke malaysia.
  3. akhirnya malaysia wujud secara rasmi pada - 16.09.1963

    Persekutuan Tanah Melayu U4

    1. bendera union jack turun - 31.08.1957
    2. bersedia memerintah tanah melayu ialah parti perikatan - UMNO, MCA, MIC
    3. cuba menyatukan kaum melalui sistem pelajaran kebangsaan
    4. laporan jawatan kuasa pelajaran 1956 wujud.
    5. menyusul pula laporan rahman talib 1960
    6. dan akta pelajaran 1961
    7. ekonomi pula, rancangan lima tahun pertama wujud (1956 - 1960)
    8. projek membasmi kemiskinan di luar bandar melalui :
      1. pembinaan infrastruktur
      2. pembukaan tanah - lembaga kemajuan tanah persekutuan
      3. kegiatan berhubung pertanian
    9. menubuhkan kementerian pembangunan luar bandar
    10. parti perikatan sekali lagi memerintah tanah melayu tahun 1959

    Tuesday 28 June 2011

    Proses Ke Arah Kemerdekaan Tanah Melayu U4

    1. Parti Perikatan
      1. mula-mula UMNO dan MCA yang wujudkan Parti Perikatan
      2. tokoh : dato yahya abd. razak dan kolonel H.S Lee.
      3. british adakan pilihanraya kawasan perbandaran KL - perikatan menang 9/12 kerusi
      4. seterusnya perikatan menang di perbandaran johor, muar dan melaka
      5. dari 6 bandar utama, perikatan menang 26/37 kerusi
      6. tunku abdul rahman dan tan cheng lock menguatkan lagi perikatan
      7. perikatan menang 226/268 kerusi - hasil kerjasama antara 2 parti
      8. MIC juga turut serta dalam perikatan menjadikan UMNO-MCA-MIC
    2. Ke arah pemerintahan sendiri
      1. cuba mengadakan pilihan raya majlis bandaran di pulau pinang 1951 dan di KL 1952
      2. Parti radikal menang 6/9 kerusi
      3. pendedahan mentadbir urus kerajaan telah terbentuk
      4. sistem ahli diperkenalkan - merupakan peringkat separuh kementerian dan ahli majlis dilantik bertanggungjawab ke atas jabatan dan kerajaan. 
      5. semua anggota ahli dimasukkan ke dalam majlis mesyuarat. - supaya ada pengalaman eksekutif perundangan
    3. Pilihan Raya 1955
      1. pilihanraya umum pertama - 27.05.1955
      2. UMNO-MCA-MIC membentuk perikatan
      3. pembahagian kerusi 
        1. UMNO 38
        2. MCA 12
        3. MIC 2
      4. perikatan menang 51/52 kerusi
      5. tokoh terpenting seperti 
        1. dato abd razak hussein
        2. dato sulaiman abd rahman
        3. dr. ismail
        4. kolonel h.s lee
        5. sardon jubir
        6. v.t sambanthan
        7. leong yew koh
        8. ong yoke lin
        9. abd aziz ishak
      6. manefesto perikatan :
        1. berusaha mencapai kemerdekaan dalam 4 tahun
        2. perkhidmatan awam bercorak tanah melayu
        3. tubuh sekolah kebangsaan
        4. melindungi kedudukan raja raja sebagai ketua berperlembagaan
        5. menjamin hak istimewa orang melayu dan bumiputera
        6. bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam masa 10 tahun
      7. antara parti yang bertanding semasa pilihan raya pertama ialah :
        1. Parti Buruh
        2. Parti Negara
        3. Parti Progresif Rakyat
        4. Parti Perikatan
        5. Parti Islam Se-Malaya
    4. Rundingan kemerdekaan 
      1. parti parti politik menuntu kemerdekaan
      2. rundingan kemerdekaan diadakan di london - 18 januari - 6 februari 1956
      3. mereka yang turut berunding :
        1. tunku abdul rahman (ketua)
        2. datuk abdul razak husein,
        3. kolonel h. s lee
        4. tun dr. ismail abdul rahman
        5. datuk panglima bukit gantang - perak
        6. abdul aziz majid - selangor
        7. datuk nik ahmad kamil - kelantan
        8. datuk mohd seth mohd said - johor
      4. bersepakat mencapai kemerdekaan sebelum ke london 
      5. semangat rakyat berkobar kobar menuntut kemerdekaan
      6. ada  2 peringkat proses kemerdekaan :
        1. tahap penilaian - pesuruhjaya tinggi bertindak mengikut nasihat majlis kerja kecuali hal luar dan pertahanan luar.
          1. menteri menteri tanah melayu mengambil  kementerian pertahanan dan industri
          2. kerajaan dibentuk berasaskan demokrasi berparlimen
          3. tanah melayu menganggotai komanwell
          4. kerajaan memerintah sendiri dalam masa terdekat
          5. kuasa pemerintahan dan kewangan dipegang oleh british akan diserahkan kepada  rakyat tanah melayu
        2. british berjanji memberi kemerdekaan pada 31.08.1957 
    5. Suruhanjaya Reid
      1. ditubuhkan untuk mengesyor dan menyusun perlembagaan persekutuan - mac 1956
      2. anggotanya
        1. lord reid (hakim inggeris), pengerusi
        2. sir ivor jenning (england)
        3. sir william mckell (bekas gabenor jeneral australia)
        4. tuan b. malik (ketua hakim mahkamah tinggi india)
        5. tuan abd. hamid (pakistan)
      3. antara garis panduannya :
        1. membentuk kerajaan pusat yang kuat
        2. kuasa autonomi negeri mengikut bidang
        3. kedudukan istimewa raja raja melayu
        4. pelantikan ketua negara berperlembagaan
        5. hak istimewa orang melayu kekal, tapi tidak menafikan hak kaum lain
        6. wujudkan satu rupa bangsa
      4. menerima 131 memorandum dari orang perseorangan, pertubuhan, parti, raja raja melayu.
      5. memorandum perikatan yang penting
      6. 81 kali perjumpaan - laporan siap
      7. rang undang undang diterima, sedikit pindaan
      8. diluluskan oleh majlis undangan persekutuan - julai 1957
    6. Perlembagaan persekutuan tanah melayu yang merdeka
      1. lebih menyerupai perlembagaan british dan india - bersifat parlimen.
      2. ciri-cirinya :
        1. ketua negara bukan politik - nama, yang di-pertuan agong
        2. badan perundangan - 2 dewan - dewan rakyat & negara
        3. perkhidmatan awam bersifat berkecuali dan badan badan kehakiman yang bebas
        4. kedudukan istimewa orang melayu ikut perkara 153 dan kepentingan sah kaum lain
        5. ditetapkan 1 kerakyatan atas sebab
          1. kelahiran
          2. memenuhi keperluan kediaman
          3. bahasa
          4. ikrar taat setia

    Parti Islam Se-Malaya (PAS) U4

    1. ada hubungan dengan UMNO dan hizbul muslimin
    2. ahli hizbul muslimin mau tubuh parti tetapi ramai pemimpinnya ditangkap ketika darurat
    3. UMNO berminat dengan islam - mempunyai jabatan khas untuk hal ehwal islam - dipegang oleh syeikh abd. alla pahim - mufti pulau pinang
    4. sambutan para ulama masih terhad. 
    5. UMNO mengadakan persidangan dengan 52 orang perwakilan dan 300 pemerhati. - timbul untuk menubuhkan persatuan ulama se-malaya. - diketuai oleh haji ahmad fuad hassan.
    6. kongres persatuan ini diadakan - disertai oleh persatuan al-lhya ash syarif. - mencadangkan nama ditukar kepada Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)
    7. dalam pilihanraya PAS menang 1 kerusi dari 52 kerusi
    8. dalam pilihanraya juga, PAS berjaya menubuhkan kerajaan di Kelantan dan Terengganu. 
    9. tetapi PAS di terengganu berjaya ditewaskan dalam undi tidak percaya oleh Perikatan - Ibrahim Fikri dengan bantuan 4 ahli Parti Negara..

    Malayan Indian Congress (MIC) U4

    1. ditubuhkan pada 08.08.1946 - John A. Thivy pemimpin pertama
    2. matlamatnya menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum india
    3. pernah menyokong AMCJA, IMP
    4. menyertai perikatan tahun 1954 bersama iaitu - UMNO, MCA, MIC
    5. MIC terus berkembang - J. T Sambanthan.

    Malayan Chiness Association ( MCA ) U4

    1. parti komunis berjaya bertapak di negara china. PKM juga sama.
    2. ketua masyarakat cina mahu mengelakkan anggapan bahawa kaum cina keseluruhannya menyokong perjuangan PKM. 
    3. darurat menyebabkan pengaruh PKM tergendala.
    4. tokoh cina berpendidikan inggeris dan ahli perniagaan mahu menubuhkan parti baru
    5. tan cheng lock - tubuhkan MCA
    6. ditubuhkan pada februari 1949
    7. peringkat awal 
      1. menumpukan minat pada kerja kerja sosial spt membantu penduduk penduduk kampung baru
      2. tan cheng lock mau ubah imej parti tetapi ditentang oleh ahli MCA
    8. 1952, MCA rasmi menjadi parti politik

    Parti Negara U4

    1. ditubuhkan pada bulan februari 1954 oleh dato onn jaafar setelah IMP tewas dalam pilihanraya.
    2. dasar perjuangannya ialah
      1. memperjuangkan perpaduan nasional
      2. raja berperlembagaan
      3. mahu taraf berkerajaan sendiri
      4. bm dan bi diterima sebagai bahasa rasmi
    3. pilihanraya ada lagi - parti negara juga gagal
    4. dato onn jaafar menang kerusi dewan rakyat terengganu selatan
    5. dato onn jaafar meninggal dunia pada 18.01.1962
    6. parti negara terus merosot.....

    Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) U4

    1. ditubuhkan 16.09.1951 oleh dato onn jaafar setelah keluar dari UMNO
    2. disokong kuat oleh tan cheng lock, e. e. c. thurisingam
    3. tujuan utama :
      1. mencapai taraf berkerajaan sendiri dalam tempoh 10 tahun
      2. mengadakan pilihanraya berasaskan prinsip demokrasi
      3. memalayanisasikan perkhidmatan awam
      4. memberi pelajaran asas secara free - umur 6 hingga 12 tahun
      5. memberikan perkhidmatan kebajikan sosial - diluar bandar
      6. memberi subsidi dan jaminan harga barangan petani
      7. mengadakan reformasi ke atas sistem feudal di negeri negeri melayu
    4. IMP tidak mendapat sokongan yang lebih kerana rakyat tidak yakin dengan konsep parti berbilang kaum.
    5. orang cina juga tidak berminat - lebih menyokong MCA
    6. dalam pilihanraya IMP kalah

    United Malay National Organisation @ UMNO U4

    1. ditubuhkan pada 11.05.1946 - dato onn jaafar
    2. matlamat utama - menentang penubuhan kesatuan malaya dan menyatupadukan orang melayu di seluruh tanah melayu
    3. cogan kata 'hidup melayu'
    4. dato onn jaafar berundur dari UMNO kerana
      1. satu rupa bangsa tanah melayu berasaskan pertuturan satu bahasa ditolak
      2. pemberian kerakyatan lebih longgar ditolak
    5. slogan 'hidup melayu' ditukar 'merdeka'
    6. dato onn dipujuk kembali masuk UMNO
    7. sekali lagi dato on jaafar berundur dari UMNO kerana
      1. perkataan UMNO ditukar kepada - Pertubuhan Kebangsaan Malaya Bersatu, perkataan Melayu ditukar kepada Malaya.
      2. perwakilan UMNO tidak bersetuju.
    8. Tunku abdul rahman menggantikan dato onn jaafar.

    Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu U4

    1. british gagal menubuhkan malayan union
    2. british tubuhkan jawatnkuasa kerja julai 1946 terdiri dari
      1. 4 wakil raja raja melayu
      2. 4 UMNO
      3. 6 pegawai british
    3. ianya bertujuan
      1. memulihkan kedudukan raja raja melayu
      2. kedaulatan sultan
      3. dun bagi setiap negeri ditubuhkan
      4. syarat kewarganegaraan lebih ketat untuk kaum bukan melayu
    4. perjanjian ini dikenali PERJANJIAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948
    5. terdiri dari 9 buah negeri melayu - perlis, kedah, selangor, negeri sembilan, johor, pahang, terengganu, kelantan dan negeri negeri selat.
    6. singapura kekal sebagai tanah jajahan british yang berasingan
    7. kerajaan persekutuan diketuai - pesuruhjaya tinggi british - ada kuasa eksekutif
    8. majlis mesyuarat kerja & majlis undangan persekutuan ditubuh - bantu pesuruhjaya tinggi british
    9. majlis raja raja melayu juga ditubuh untuk menasihati pesuruhjaya tinggi british
    10. jawatan menteri besar diwujudkan - ganti residen british
    11. kuasa kerajaan negeri diluaskan - meliputi kewangan, kerjaan tempatan, kesihatan
    12. syarat kerakyatan asing yang ingin bermastautin di tanah melayu sekurang kurangnya 15 tahun
    13. matlamat akhir british - memupuk kemajuan ke arah pemerintahan sendiri pada masa depan bagi mendapatkan kemerdekaan daripada kerajaan british di london.

    Monday 27 June 2011

    Reaksi orang bukan melayu terhadap malayan union U4

    1. orang india dan cina juga tidak menyokong malayan union kerana janji british terhadap taraf kerakyaatan secara jus soli di tangguh akibat permintaan orang melayu.
    2. orang cina merasa british mungkir janji.
    3. anggapan orang cina dulu tanah melayu adalah tempat berniaga dan mencari harta, bukannya untuk tinggal terus.
    4. india pula pada mulanya tiada minat keadaan politik di tanah melayu.
    5. orang cinta dipimpin oleh tan cheng lock
    6. sebarang pindaan dibuat british harus dirancang dengan UMNO dan wakil wakil raja demi kebaikan masa depan orang melayu.

    penentangan orang melayu terhadap malayan union U4

    1. orang melayu tidak suka cara harold minta sign dengan sultan sultan tentang malayan union
    2. sultan tidak diberitahu cadangan cadangan yang terkandung dan perlembagaan malayan union
    3. sultan tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan malayan union
    4. tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau majlis mesyuarat negeri sebelum sign
    5. ini berunsur ugutan dan boleh marah kita....
    6. kalau tidak mau sign, sultan akan diturunkan takhta
    7. kuasa sultan sudah lemah..
    8. syarat kerakyatan - jus soli
    9. cina dan india tidak boleh diberi kerakyatan yang longgar. takut nanti bilangan cina dan india melebihi jumlah melayu dan boleh memonopoli politik pula. sudahlah ekonomi mereka pajak...
    10. Kesatuan Melayu selangor dan dato onn jaafar mengadakan kongres melayu se-malaya untuk mendesak orang melayu supaya bersatu menentang malayan union.
    11. UMNO - Persatuan kebangsaan melayu bersatu wujud
    12. dato onn jaafar - presiden umno pertama

    Malayan Union U4

    1. sebelum perang dunia ke2, british memerintah di tanah melayu  kepada 3 iaitu
      1. negeri-negeri selat (singapura, melaka, pulau pinang)
        1. diperintah langsung oleh british melalui gabernor british
        2. taraf adalah tanahan jajahan british
      2. negeri-negeri melayu bersekutu (perak, selangor, pahang, negeri sembilan)
        1. diperintah oleh pesuruhjaya british berpusat di kuala lumpur
        2. setiap negeri ada seorang residen british
      3. negeri-negeri melayu tidak bersekutu (johor, terengganu, kelantan, kedah, perlis)
        1. wakil inggeris dipanggil penasihat british.
    2.  Malayan Planning Unit - MPU dibuat di london untuk merangka perlembagaan baru di tanah melayu yang dipanggil malayan union. 
    3. diketuai oleh Sir Edward Gent
    4. bentuk pentadbiran malayan union
      1. parlimen british ada 3
        1. majlis eksekutif
        2. gabenor malayan union
        3. majlis eksekutif
      2. di bawahnya ialah majlis undangan dan pesuruhjaya negeri-negeri.
    5. orang melayu marah
      1. hak keistimewaan orang melayu
      2. taraf negeri negeri melayu
        1. daripada negeri negeri naungan british kepada negeri negeri jajahan british
      3. mesti taat setia kepada ratu inggeris, tidak lagi raja raja melayu
      4. diperintah oleh gabenor dengan majlis mesyuarat kerja dan majlis mesyuarat negeri
      5. gabenor mempunyai kuasa besar dan kuasa muktamad terhadap pentadbiran di tanah melayu
      6. kuasa lebih besar daripada raja raja melayu
      7. kerakyatan pula, mesti lahir di negeri negeri malayan union dan singapura.
      8. yang bermastautin, layak mendapat hak kerakyatan dengan syarat tinggal tetap selama 10 tahun 
      9. sir harold mac michael ke tanah melayu untuk minta sign dengan raja raja melayu sebagai persetujuan penubuhan malayan union

    Jepun tewas... U4

    1. jepun tewas ditangan pihak berikat iaitu amerika dan britain
    2. sebelum itu amerika dan britain telah menewaskan jerman, selepas itu semua tentera bergerak bersatu menentang jepun. habislah jepun, ko...
    3. Jeneral Douglas Mac arthur - pemerintah tertinggi tentara amerika syarikat di lautan pasifik
    4. amerika syarikat telah mengebom hiroshima dan nagasaki dengan bom atom - hancur...
    5. jepun serah kalah... diumumkan oleh maharaja hirohito pada 15.08.1945
    6. upacara penyerahan diri jepun di tanah melayu secara rasmi pada 12.09.1945

    Sunday 26 June 2011

    Kegiatan Politik & Gerakan Penentangan U4

    1. Kegiatan orang india
      1. rash behari bose - pejuang kebangsaan india, tinggal dijepun dipanggil untuk menubuhkan India Independence leaguage (IIL)
      2. rusuhan berlaku - rash behari bose diganti subhas chandra bose, pejuang politik india
      3. berusaha mengukuhkan pasukan - tubuhkan cawangan wanita - nama, ranee of jhansi regiment, diketuai Dr. s. lakshmi
      4. 1940an orang india terlibat aktif dalam pergolakan menentang malayan union
    2. Gerakan penentangan orang cina
      1. Parti Komunis Malaya (PKM) - anti jepun dikalangan cina melalui MPAJA - Malayan Peoples' Anti Japenese Army.
      2. ada juga orang melayu masuk PKM & MPAJA / Tentera Bintang 3
      3. bergerak secara gerila kerana tidak ramai tentera
      4. british membantu MPAJA seperti
        1. memberian bantuan wang
        2. ubat ubatan 
        3. kain baju,
        4. menyusun gerakan gerila
        5. menjalankan kerja kerja sabotaj
        6. membekalkan senjata, peluru, bahan letupan
      5. 01/09/1942, jepun hampir melumpuhkan PKM & MPAJA apabila membuat serangan hendap di Batu Caves dengan bantuan anggota polis melayu.
      6. hubungan orang melayu dengan cina semakin tegang
    3. Kebangkitan semangat nasionalisme
      1. jepun menghadapi masalah, kekurangan pegawai untuk mentadbir urus kerajaan.
      2. orang melayu diberikan jawatan
      3. memberi keyakinan kepada melayu bahawa jepun boleh bantu. tidak bergantung kepada british saja.
      4. jepun menggunakan cogan kata 'semangat asia untuk asia' untuk menghilangkan kepercayaan kuasa barat. 
      5. semangat cintakan bangsa dan tanah air semakin tinggi
      6. jepun benar KMM - Kesatuan Melayu Muda aktif semula setelah inggeris haramkan.
      7. KMM bekerjasama dengan jepun, tetapi pada masa sama bekerjasama juga dengan gerakan anti jepun.
      8. Ibrahim Haji Yaacob - ketua sukarela
      9. Dr. Burhanuddin Helmy - Penasihat adat istiadat melayu
      10. KRIS - Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung digalakkan oleh jepun
      11. Angkatan Tentera Kebangsaan ditubuhkan dengan bantuan jepun
      12. Ibrahim Yaacob - menyebarkan propaganda anti british
      13. PETA - Pembela Tanah Air, Ibrahim Yaacob sebagai ketua
      14. Indonesia raya hampir berjaya tetapi gagal apabila british kembali ke tanah melayu
      15. bila british kembali berkuasa, ramai pemimpin KMM, PETA, KRIS ditangkap
      16. antara kumpulan yang menyertai anti jepun
        1. Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya - MPAJA
        2. Tentera Wataniah dari orang melayu Pahang
        3. Gerila Force 136 Tentera Pihak Bersekutu - Kapten Spencer Chapman
        4. MPAJA dipengaruhi PKM, kebanyakkan dari orang cina

    Jepun Di Tanah Melayu U4

    1. menawan tanah melayu pada 15.02.1942 - semua hasil bumi tanah melayu dikaut.
    2. pemimpin tentera menguasai politik negara jepun
    3. meluaskan kuasa di tanah melayu dengan kempen 
      1. asia untuk asia
      2. kemakmuran bersama asia timur raya
    4. jepun berjanji membebaskan kuasa barat dengan kempen itu, tetapi sebaliknya jepun berkuasa sepenuhnya
    ANTARA KESAN JEPUN MENGUASAI TANAH MELAYU
    1. Kesan ekonomi
      1. ekonomi merosot akibat perang dan tindakan british memusnahkan harta benda dan infrastruktur sebelum berundur
      2. penanaman padi 2 kali setahun dilakukan oleh jepun iaitu padi taiwan ditanam
      3. catuan pembelian beras
      4. semua perusahan diambil alih oleh syarikat jepun
      5. bank bank jepun juga mencetak mata wang sendiri
    2. Penderitaan & kesengsaraan hidup
      1. pertanian secara sendiri gagal akibat keadaan tanah tidak baik
      2. catuan beli beras
      3. beralih dari makan nasi kepada makan ubi kayu
      4. inflasi berlaku
      5. mata wang jepun nilai rendah kerana tidak laku dan kekurangan wang
      6. pemakanan tidak sempurna - banyak penyakit - mati
    3. Kawalan pengedaran mata wang
      1. wang jepun diedarkan dan diperluaskan di seluruh tanah melayu. akibatnya nilai mata wang jepun rendah
      2. menggalakkan simpanan tetap
      3. bank perdagangan menawarkan skim simpanan tetap
      4. menyediakan tawaran bonus
      5. skim loteri juga dibuat. pemerintah jepun mengenakan pelbagai cukai spt cukai judi, taman hiburan, kedai-kedai, panggung wayang, rumah tumpangan, kedai makan dll
      6. setelah cukai naik, peniaga menaikkan harga barang dan perkhidmatan.
      7. guna wang lebih banyak - timbul masalah sosial
      8. infasi dan kegiatan pasar gelah berterusan
    4. Kesan sosial 
      1.  orang melayu dan india diberi layanan yang baik - berharap mendapat kerjasama apabila jepun menakluki dan mengusir orang inggeris
      2. caranya mengizinkan sultan kekalkan takhta masing masing, mengambil beberapa pegawai melayu bertugas dengan kerajaan jepun
      3. orang cina dianggap musuh jepun disebabkan kesan perang china-jepun
      4. ramai cina dibunuh oleh jepun
      5. rakyat di paksa membina jalan kereta api maut.
      6. bahasa jepun dijadikan bahasa penghantar sekolah dan bahasa perhubungan
      7. sekolah inggeris - sekolah jepun
      8. sekolah cina ditutup
      9. wabak penyakit bertambah - lumpuh perkhidmatan kesihatan
    5. Penerapan budaya, bahasa & pendidikan jepun
      1. tunduk kepala apabila bertemu
      2. lagu kebangsaan jepun diajar KIMIGAYO
      3. tunduk mengadap ke arah matahari naik
      4. menaikkan bendera jepun UMIYUKABA
      5. mengharamkan -
        1. penggunaan bahasa inggeris
        2. siaran radio inggeris
        3. tayangan filem barat
        4. mendengar muzik barat
      6. memperkenalkan bahasa jepun NIPPON GO
      7. sistem haribulan ditukar kepada haribulan jepun
      8. nama ditukar kepada jepun spt ENCIK ALI - ALI SAN

    Inggeris datang ke negeri-negeri Melayu U4

    1. bangsa eropah yang lama menjajah alam melayu
    2. bertindak bijak dan berfikiran jauh memerintah dan menguasai politik tanah melayu tetapi tidak mengganggu hal ehwal politik negeri negeri melayu.
    3. berjaya melaksanakan dasar inggeris 
    4. menghakis pengaruh raja raja
    5. dasar campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri negeri melayu
    HUBUNGAN INGGERIS DENGAN NEGERI NEGERI MELAYU
    1. inggeris membantu negeri negeri melayu untuk membendung pengaruh siam.
    2. beberapa usaha telah dibuat seperti rundingan dan perjanjian dengan kerajaan siam
    3. perjanjian burney 1826
    4. perjanjian low
    5. perjanjian anderson 
    PERLUASAN KUASA DAN DASAR PENTADBIRAN BRITISH DI PERAK
    1. pembesar negeri dianugerahi sultan kawasan untuk jagaan dan kawalan pembesar tempatan
    2. syahbandar - memungut cukai di kuala sungai perak
    3. laksamana - memungut cukai di atas nama sultan. sultan boleh membeli bijih timah dengan harga murah
    4. raja muda - berkuasa di kampung gajah dan bandar tua
    5. bendahara - memungut cukai di pedalaman di kuala kinta
    6. dato mata-mata - pembantu laksamana memungut cukai mengikut kadar yang ditetapkan
    7. dato maharaja lela - berkuasa di sungai dedap dan pasir salak
    8. dato sagor - penyelia masakan dalam upacara rasmi, berkuasa di kampung tengah dan kampung gajah.
    SISTEM RESIDEN
    1. dimulakan oleh frank swettenham 1876
    2. permulaan kuasa british dalam pentadbiran melayu
    3. perjanjian pangkor - 
      1. pemindahan kuasa pentadbiran raja raja melayu kepada pegawai pegawai lantikan residen british mengikut sesebuah negeri melayu.
      2. bertugas sebagai penasihat sultan dalam semua urusan kecuali urusan agama dan adat
    4. semua urusan pungutan dan kawalan cukai dijalankan oleh mengikut nasihat residen atas nama sultan
    5. gaji residen dibayar oleh sultan bukannya kerajaan british.
    6. penyerahan kuasa dibuat secara rela oleh raja raja melayu - kononnya dapat janji palsu dan pemberian pencel kecil oleh kerajaan british
    7. negeri terlibat dalam sistem ini 
      1. selangor,
      2. pahang
      3. negeri sembilan
      4. johor
    8. sebelah utara seperti kelantan dan terengganu diberikan mandat oleh british kepada siam untuk mengurus tadbir. 
    9. perjanjian bangkok 1909 - perlis, kedah, kelantan dan terengganu diserahkan kedaulatannya kepada british.

      Belanda Menjajah Melaka U4

      1. mula-mula orang belanda datang ke melaka hanya berdagang
      2. seterusnya berhasrat menguasai perdagangan rempah dan menawan melaka
      3. perjanjian belanda di timur ketika jakarta dikuasai belanda
      4. belanda berjaya menghalau portugis dan membuat perancangan untuk tamatkan persaingan oleh orang portugis yang menguasai melaka.
      5. perjanjian inggeris-belanda 1824
        1. juga dipanggil perjanjian london
        2. dalam perjanjian - 
          1. inggeris berkuasa di singapura
          2. melaka diserahkan kepada inggeris 
          3. bangkahulu diserahkan kepada belanda

      Portugis Menjajah Melaka U4

      1. 1509 - Ketibaan Lopez de Sequira / berdagang, udang di sebalik batu
      2. 1501 - Alfonso de Albuquerque mengetuai angkatan perang menyerang 
      3. 25.07.1511 - serang pertama
      4. 10.08.1511 - serangan kedua
      5. 24.08.1511 - melaka ditawan oleh portugis
      6. 130 tahun portugis menjajah melaka

      PENDAFTARAN MINOR/BIDANG TUMPUAN UNTUK PELAJAR PPG-PJJ SEMESTER KE-1

      • SEMUA PELAJAR PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SECARA PENGAJIAN JARAK JAUH (PPG-PJJ) DIWAJIBKAN MEMBUAT PENDAFTARAN MINOR MULAI 27 JUN 2011 (ISNIN) HINGGA 4 JULAI 2011 (ISNIN).
         
      • ANDA PERLU MENDAFTAR MINOR SECARA ONLINE MENERUSI PORTAL MASING-MASING DI http://myupsi.upsi.edu.my.MAKLUMAT  MENGENAI MINOR BOLEH DIDAPATI TERUS DALAM LAMAN YANG SAMA.
      MUAT TURUN :
      2.     CARTA ALIR PENDAFTARAN MINOR
          
      • SILA PASTIKAN ANDA MENDAFTAR UNTUK MENGELAKKAN SEBARANG MASALAH YANG TIMBUL SEMASA PENDAFTARAN KURSUS SEMESTER 2 SESI 2011/2012.
      • SEBARANG MASALAH  YANG TIMBUL BOLEH DIAJUKAN KE UNIT PENDAFTARAN , BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK SEPERTI MAKLUMAT DI BAWAH. 
      Tarikh Notis                        :               24 Jun 2011
      Dikeluarkan Oleh                :               PEJABAT PENDAFTAR,  BAHAGIAN AKADEMIK  (UNIT PENDAFTARAN)
      Telefon                               :               05-4506612/6923 / 6992
      Email                                  :               mohaieda@upsi.edu.my/redzuan@upsi.edu.my

      Kerajaan Sarawak U3

      1. dikaitkan dengan - kerajaan srivijaya
      2. dan empayar majapahit
      3. dikuasai pula kesultanan brunei
      4. ketua tempatan diberi untuk memerintah sesuatu tempat
      5. terdiri dari orang melayu dan orang dayak untuk ketua tempatan
      6. gelaran ketua tempatan 
        1. orang kaya
        2. temenggung
        3. menteri darat
      7. bertugas sebagai melaksanakan perintah sultan brunei dan memungut cukai di kawasannya.
      8. brunei menghantar pangeran indera mahkota untuk memerintah kuching - pada masa itu, datu patinggi mahkota memerintah kuching. keadaan huru hara
      9. pemberontakan berlaku, dipimpin oleh datupatinggi ali. sultan brunei menghantar pangeran mudah hashim untuk menyelesaikan masalah, tetapi hampa
      10. penjajah asing masuk - james brooke
      11. pangeran muda hashim suka james brooke datang.
      12. james brook menjadi raja sarawak
      13. dinasti brooke adalah seperti ini
        1. james brooke
        2. charles brooke
        3. charles vyner brooke
      14. dipanggil raja putih atau white rajahs
      15. sekarang, yang dipertua negeri - tun datuk patinggi abang haji muhammad salahuddin
      16. ketua menteri - YAB Datuk patinggi tan sri haji abdul taib mahmud

      Kerajaan Sabah U3

      1. dikaitkan dengan kesultanan brunei dan kesultanan sulu.
      2. sultan muhyiddin, brunei - beri sultan sulu kawasan di timur laut sabah - hadiah ketika brunei menghadapi masalah perebutan kuasa pada masa itu
      3. pantai barat sabah - kuasa sultan brunei
      4. pantai timur dan utara sabah - kesultanan sulu
      5. british datang  -  diperintah oleh syarikat borneo utara british, penduduk bekerja seperti
        1. mengambil rotan
        2. sagu
        3. sarang burung
      6. semasa pemerintah banyak cukai dikenakan,
        1. cukai kepala
        2. cukai tanah
        3. lesen senjata
      7. perdagangan di buat - pasar tamu
      8. sabah merdeka - malaysia
      9. diketuai oleh - yang di pertua negeri sabah - tun ahmad shah abdullah
      10. ketua menteri - datuk musa aman

      Kerajaan Melayu Kelantan U3

      1. kerajaan kuat dan besar - mempunyai hubungan dengan negara 
        1. champa
        2. parsi
        3. arab
        4. india
      2. menjadi pusat pentadbiran srivijaya sebelum srivijaya pintah ke sumatera utara
      3. selepas menjadi negeri naungan empayar majapahit
      4. seterusnya menjadi jajahan takluk melaka
      5. ketika itu islam terus berkembang
      6. antara orang yang memerintah kelantan
        1. raja kumar - menjalin hubungan dengan maharaja china
        2. sultan iskandar
        3. putera sultan iskandar - sultan mansur
        4. sultan mahmud shah, sultan melaka. puteri sultan mansur, onang kening - kahwin dengan sultan melaka
        5. raja gombak, putera sultan mansur - gelaran sultan gombak
        6. raja ahmad - gelaran sultan mansur
        7. raja patani - dari patani
        8. raja loyor, putera datu nik jamaludidin - gelaran sultan adiluddin
        9. sultan samiruddin, putera sultan adiluddin
        10. sultan abdul kadir
        11. raja pattani mati, - ganti raja sakti 1, putera raja pattani.
        12. raja abdullah merampas patani - bebaskan kelantan
        13. raja abdullah mentadbir kelantan
        14. ada 2 raja pada masa itu, iaitu satu di kota jelasin dan satu di pangkalan datu
      7. di bawah perjanjian british-siam, wilayah pattani di bawah thailand, kelantan di bawah malaysia.
      8. 16.09.1963 kelantan menjadi negeri di malaysia

      Friday 24 June 2011

      Kerajaan Melayu Perlis U3

      1. dulu perlis sebahagian dari kedah.
      2. perlis terbentuk selepas sultan abdullah mukarram shah 2 mangkat - meninggalkan 1 putera, tunku ahmad tajudin
      3. adinda sultan abdullah, tunku ziauddin jadi pemangku, dengan gelaran sultan ziauddin mukarram shah.
      4. semasa memerintah, beliau kahwin puterinya, tunku safiah dengan syed harun jamalullail. 
      5. syad harun diberi satu kawasan - arau untuk membina kampung halamannya
      6. siam menyerang kedah, sultan ahmad lari. pemerintahan siam kejam.
      7. siam akhirnya  membahagikan negeri kedah dan jajahannya kepada 4 kawasan:
        1. kedah
        2. kubang pasu
        3. setul
        4. perlis
      8. keempat-empat kawasan itu diletakkan dibawah pentadbiran gabenor masing-masing
      9. siam berundur - tindakbalas penduduk tempatan besar-besaran - dengan bantuan :
        1. tunku anum paduka raja jambangan
        2. tunku bisnu, mentadbir setul
        3. syed husein, mentadbir kawasan perlis sebagai timbalan gabenor. gabenor perlis ialah raja long krok (paduka seri maharaja lela)
      10. Negeri perlis akhirnya mendapat pengiktirafan dari status jajahan kepada status sebuah negeri.

      Kerajaan Melayu Kedah U3

      1. sebuah pusat perdagangan maritim yang famous dulu - pusat pengumpulan dan pengedaran bahan mentah seperti
        1. hasil hutan
        2. rempah ratus
        3. ubat-ubatan
      2. memulakan sistem pemerintahan beraja - 1200 lagi
      3. kemunculan pengaruh hindu-buddha
      4. digantikan dengan islam tahun 1136
      5. sultan sekarang - DYMM tuanku sultan haji abdul halim mu'adzam shah

      Kerajaan Melayu Terengganu U3

      1. diasaskan oleh tun zainal abidin 1 - putera tun habib abdul majid, pernah menjadi bendahara johor.
      2. menjadi sultan terengganu pertama dengan nama sultan zainal abidin 1 (1708 - 1733)
      3. dalam sumber tuhfat al-nafis, karangan raja lai haji (sejarawan bugis) - tun zainal menjadi sultan terengganu adalah dari daeng menampuk di bawah pemerintahan sultan sulaiman badrul alam shah - putera sultan abdul jalil.
      4. penemuan duit kupang emas terengganu - tercatat nama sultan zainal abidin
      5. sistem pentadbiran sama dengan pentadbiran johor - ada mufti dan kadi dalam memberikan nasihat berkait dengan agama
      6. sultan sekarang - sultan mizan zainal abidin - putera kepada sultan mahmud al-muktafi billah shah.

      Kerajaan Melayu Negeri Sembilan U3

      1. 9 daerah :
        1. sungai ujong
        2. jelebu
        3. johol
        4. inas
        5. rembau
        6. jempol
        7. ulu muar
        8. terachi
        9. gunung pasir
      2. raja melewar dari pagar ruyong dijemput memerintah negeri sembilan. 
      3. raja lenggeng menjadi yamtuan besar - menamatkan amalan perlantikan pembesar dari pagar ruyong
      4. orang minangkabau datang abat ke 14 
      5. perkahwinan campur berlaku - suku biduanda - golongan pemimpin
      6. pembesar-pembesarnya dipanggil penghulu - udang
      7. mengamalkan adat perpatih

      Kerajaan Melayu Selangor U3

      1. orang bugis membuat penempatan di klang & kuala selangor
      2. 2 tempat itu masih dibawah jajahan johor dalam kurunke-17
      3. klang dibawah kuasa orang besar kelang - tok engku kelang - saudara sultan abdul jalil dari johor.
      4. johor lemah - tok engku kelang memberi kuasa pula kepada yamtuan selangor supaya dapat mentadbir kawasan sungai selangor
      5. 1717 peperangan - orang bugis dan rajal kecil dari minangkabau kerana raja kecil mungkir janji kepada orang bugis ketika menakluk johor.
      6. orang bugis berjaya menghalau raja kecil dari riau - bantuan selangor - 30 buah kapal
      7. 1722 orang bugis melantik sultan sulaiman sebagai sultan johor-riau - dalam perjanjian 1 jawatan yamtuan muda diberi kepada orang bugis - daeng merewah dilantik yamtuan muda 1 untuk johor-riau-lingga
      8. 1730 - daeng mateko kahwin balu daeng parani bernama engku tengah. akibat berkelahi - lari ke siak - bersahabat dengan dengan raja kerajaan siak. 
      9. 1740 - daeng celak, yamtuan muda 2 bersama sultan sulaiman datang ke selangor - mengalahkan angkatan siak yang diketuai oleh daeng mateko dan putera raja kecil.
      10. sultan selangor yang pertama - sultan salahuddin shah @ raja lumu - anak lelaki daeng celak
      11. sultan sekarang - sultan shafaruddin idris shah ibni al-marhum sultan salehuddin abdul aziz shah 
      12. pernah ditakluki oleh
        1. kesultanan melaka
        2. portugis
        3. johor
        4. acheh
        5. siam
      13. british  juga pernah bertapak - digabungkan menjadi negeri-negeri melayu bersekutu

      Kerajaan Melayu Perak U3

      1. juga kerajaan melayu tua - pernah dikenali sebagai GANGGA NEGARA
      2. gangga negara - ditakluki oleh raja rajendra 1 dari koromandel 1025
      3. sultan muzaffar shah - mengasaskan kesultanan perak
      4. berasal dari kesultanan melaka
      5. sistem perwarisan takhta - mengikut hak putera sulung - 'waris negeri'
      6. sebelum dilantik menjadi sultan - perlu menyandang jawatan mengikut urutan seperti
        1. raja dilihir
        2. raja bendahara
        3. raja muda
        4. sultan perak
      7. sistem pembesar empat lipatan digunapakai dari kesultanan melaka
      8. sultan terkini ialah - sultan azlan muhibbuddin shah
      9. menteri besar - mohd tajol rosli mohd ghazali

      Kerajaan Melayu Pahang U3

      1. salah satu kerajaan melayu tua
      2. pekerjaan - melombong bijih timah, emas, besi, padi
      3. pernah ditakluk oleh kerajaan srivijaya.
      4. pernah dibawah naungan majapahit - menghantar ufti setiap tahun
      5. srivijaya jatuh - dituntut pula oleh kuasa siam, kemudian kesultanan melaka
      6. pahang pernah diserang oleh portugis, belanda, johor, acheh.
      7. 1986 - pahang menjadi negeri-negeri melayu bersekutu bersama :
        1. selangor
        2. perak
        3. negeri sembilan

      Thursday 23 June 2011

      Kerajaan Melayu Johor U3

      1. Sultan Mahmud Shah bersama anaknya lari ke johor termasuk pengikutnya kerana diserang portugis oleh alfonso de albuquerque.
      2. sultan alauddin riayat shah II - mengasaskan kerajaan melayu johor
      3. portugis juga menyerang johor.
      4. johor dirampas oleh putera raja siak - raja kecil mendakwa waris sultan mahmud johor
      5. raja kecik menggulingkan sultan abdul jalil riayat IV
      6. raja kecik menjadi sultan johor - tukar nama kepada sultan abdul jalil rahmat shah
      7. raja kecik ditumpaskan oleh bantuan opu bugis 5 bersaudara
        1. daeng perani
        2. daeng marewah
        3. daeng kemasi 
        4. daeng chelak
        5. daeng menambun
      8. raja sulaiman putera sultan abdul jalil riayat syah IV menjadi sultan johor ke 13
      9. nama sultan ialah sultan sulaiman badrul alam syah
      10. jawatan yamtuan muda dikhaskan kepada keluarga bugis kerana jasa mereka
      11. british juga masuk campurtangan
      12. sir stamford raffles - gabenor di bengkulu, sumatera
      13. raffles membantu tengku hussein untuk menentang abangnya tengku abdul rahman muazzam shah. bantuan diberikan kepada tengku hussein oleh raffles.
      14. british berjaya membuka pelabuhan di singapura - british membayar wang tahunan kepada tengku hussein mengikut perjanjian mereka
      15. tengku hussein jadi sultan dengan nama sultan hussein shah
      16. perjanjian inggeris belanda. belanda mengakui bahawa singapura menjadi milik british - hasilnya johor terbahagi dua
        1. johor moden
        2. kesultanan riau - dikuasai oleh bugis
      17. semasa tengku hussein memerintah - temenggung yang berkuasa
      18. temenggung abu bakar dilantik menjadi soltan johor dengan nama seri maharaja johor.
      19. sultan johor terkini - sultan mahmood iskandar al-haj
      20. menteri besar terkini - abdul ghani othman

      Kerajaan Melayu Melaka U3

      1. Melaka - asal kampung nelayan - dibuka oleh putera raja - parameswara
      2. kawasan strategik - selat melaka - menjadi tumpuan pedagang dari China dan India
      3. Islam tersebar di sini - mengasaskan satu tamadun melayu islam
      4. kerajaan melaka -  115 tahun - jajahan seperti di sumatera timur, aru, rokan, inderagiri, kampar, siak
      5. melaka merupakan pengasas kesultanan melayu - sekarang diperintah oleh TYT Dipertua Negeri.

      Wednesday 22 June 2011

      Kegemilangan tamadun melayu U2

      1. politik & pentadbiran
        1. ada sistem mesyuarat untuk kata sepakat bagi menjayakan sesuatu pekerjaan
        2. susunan awal - organisasi ikut kampung
        3. ketua kampung - pembesar - raja
        4. Islam berjaya  mempengaruhi sifat dan watak pemerintah
        5. konsep zaman pengaruh hindu - konsep sistem sultan dalam Islam
      2. kesenian
        1. hasil dibuat - waktu lapang
        2. seni menggambarkan bangsa 
        3. ketika tiada agama - cerita-cerita rakyat, sang kelembai 
        4. ketika agama hindu - cerita-cerita rakyat, hikayat seri rama
        5. ketika agama islam - seni bina berunsur islam
          1. ukiran bentuk alam - ukiran tulisan khat
        6. muzik melayu :
          1. muzik orang asli - senoi, negrito, dayak, murut
          2. muzik desa - muzik yang mengiringi teater tradisi sperti mak yong, wayang kulit
          3. muzik perantaraan - alat muzik melau asli + barat
          4. muzik melayu moden - digubah mengikut sistem muzik barat spt muzik pop
      3. bahasa
        1. bahasa melayu - rasmi
        2. bukti : batu bersurat kedukan bukit & batu bersurat karang berahi
        3. bahasa melayu dulu - dipengaruhi bahasa sanskrit dan tulisan pallava dari India.
        4. batu bersurat terengganu selepas kedatangan Islam - bahasa melayu klasik
      4. sistem tulisan & pendidikan
        1. pengaruh tulisan dari india (pallava)
        2. bahasa melayu kuno + sanskrit juga dari India
        3. kedatangan islam menggunakan kitab agama dalam bahasa arab
          1. bahasa arab diserap menjadi bahasa melayu klasik
          2. ubah suai tulisan arab - tulisan jawi
        4. sistem pendidikan - sekolah pondok
      5. sistem perundangan
        1. ketika pengaruh hindu - sistem berdasarkan ajaran hindu
          1. seperti kod undang-undang dharmasastra di pulau jawa dan bali
          2. hukuman dijatuhi mengikut kasta. kasta rendah - hukuman lebih berat
        2. ketika pengaruh islam - undang-undang Islam
          1. dikenali adat melayu - adat perpatih dan adat temenggung
          2. undang-undang Islam yang diubahsuai oleh adat melayu

      Tamadun Melayu U2

      1. wujud tamadun melayu dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan melayu awal.
      2. kemunculannya adalah hasil penguasaan laluan perdagangan.
      3. bukti masih ada : 
        1. angkor wat - kampuchea
        2. borobudur - pulau jawa, indonesia
        3. lembah bujang - kedah, malaysia
      4. empayar melayu awal - funan & sri vijaya, mampu menguasai laluan perdagangan di kawasan masing-masing.
      5. pembentukan kerajaan - berdasarkan pengaruh, di eropah pembentukan kerajaan - berdasarkan wilayah penaklukan
      6. kerajaan awal alam melayu - hasil interaksi dengan Islam
        1. terdapat dalam hikayat raja-raja pasai & sejarah melayu
        2. tulisan arab - tulisan jawi
        3. bahasa melayu kuno - bahasa melayu klasik
        4. cara berfikir - melayu Islam
        5. muzik, seni bina - konsep Islam
        6. hasil sastera ajaran hindu-buddha disesuaikan dengan cerita hasil sastera Islam
        7. Istilah raja - ganti kepada sultan
        8. ritual agama hindu - ganti kepada bacaan doa Islam
        9. dewa-dewi hindu ganti dengan nama Islam sperti Alah, malaikat, jin, watak nabi
        10. Undang-undang islam dibuat - Kanun Melayu Melaka.

      Konsep & Teori Peradaban U1

      budaya berkait dengan tamadun. budaya yang tinggi, maka kehidupan yang bertamadun.
      Ada 2 aspek :
      1. budaya kebendaan
        1. boleh dilihat / disentuh
        2. sumber benda, peralatan
        3. tahap pencapaian teknologi, kemahiran dll
      2. budaya bukan kebendaan
        1. tidak dapat dipegang tapi boleh dilihat dan dirasa
        2. seperti pengetahuan, falsafah, kepercayaan, nilai, undang-undang
      Perubahan dalam tamadun
      1. faktor dalaman
        1. bertambah penduduk
        2. penemuan baru
        3. revolusi dalam masyarakat
      2. faktor luaran
        1. peperangan
        2. pengaruh budaya
        3. perpindahan agama
      Tamadun ada umur?
      • benda bernyawa - lahir, remaja, dewasa, tua, mati
      • contoh - masyarakat china, konsep kitaran dinasti. Jatuhnya satu dinasti diganti dinasti yang baru.
      Hubungan antara tamadun dan kenegaraan
      Ia melalui beberapa proses :
      1. perubahan daripada nomad - menetap - teknologi pertanian
      2. pertambahan penduduk - jadi kreatif untuk memenuhi keperluan hidup - seperti teknologi membajak guna kerbau ganti dengan traktor.
      3. perubahan teknologi moden. bertambah pesat mesin

      Konsep Asas Kenegaraan U1

      1. kenegaraan - mempunyai ciri-ciri
        1. ada sempadan tertentu
        2. ada penduduk
        3. sebuah kerajaan yang teratur
        4. berdaulat
      2. kerajaan - perjalanan hal ehwal negara
        1. badan pemerintah (eksekutif)
        2. badan perundangan (legislatif)
        3. badan kehamiman (judisiari)
      3. sistem kerajaan - institusi / agensi yang mengubal dasar negara
        1. pembahagian kuasa seperti kerajaan pusat / negeri
        2. ada raja atau sebaliknya
      4. negara bangsa - hubungan kaum tanpa mengira bangsa
      5. ras - keturunan / fizikal seseorang
      6. etnik - budaya / adat resam
      7. masyarakat - kelompok manusia
      8. majmuk - pelbagai kelompok ras / etnik bercampur di bawah satu pemerintahan
      9. kebudayaan - turutan / keseluruhannya sperti pengetahun, kepercayaan, undang-undang, akhlak dan lainnya diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat
      10. ideologi - susunan idea teratur seperti rukunegara
      11. politik - pemerintahan, pentadbiran dan kuasa.

      Pelbagai isu dalam pembentukan sahsiah guru U10

      1. ada 2 isu - 
        1. isu positif - meningkat profesion perguruan melalui tindakan yang diambil oleh guru
        2. isu negatif - tindakan yang diambil oleh secara tidak baik / sahsiah yang tidak baik
      2. isu berkaitan sahsiah guru
        1. diri
          1. positif - amanah mendidik murid
          2. negatif - enggan menjadi penasihat sesuatu persatuan
        2. keluarga 
          1. positif - menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang aya,ibu
          2. negatif - mendera isteri / anak-anak
        3. masyarakat
          1. positif - membantu masyarat, ikut serta dalam gotong royong dll
          2. negatif - tidak bermoral spt berkhalwat
        4. sekolah
          1. positif - bertanggungjawab terhadap kehadiran ke sekolah dll
          2. negatif - pakaian tidak kemas / samseng / dll

      Etika & Pekeliling Rujukan Utama U9

      1.  etika pakaian - 
        1. peraturan pakaian guru di sekolah dll
        2. pakaian masa bekerja & semasa menghadiri upacara rasmi
      2. etika pengurusan masa
        1. waktu hadir ke sekolah & kelas
        2. mengajar ikut jadual waktu
        3. semak buku latihan murid
        4. memberikan bimbingan
      3. tanggungjawab asas guru
        1. sediakan rancangan tahunan, penalti rm500
      4. jadual waktu
        1. jadual waktu semua subjek
        2. pemeriksaan jadual waktu penggal 1 & 2
      5. sukatan pelajaran
        1. mengajar ikut sukatan pelajaran
        2. senarai semak kerja setiap hari
        3. kawalan kerja / mutu / piawai
      6. tatakelakuan / larangan
        1. berniaga masa kerja tak boleh
        2. tak boleh kroni
        3. urus tender  terdiri dari saudara mara
        4. menggunakan kenderaan pejabat untuk aktiviti peribadi
        5. gunakan kakitangan/barang/alat untuk aktiviti peribadi
        6. berjudi
        7. kesalahan jenayah/mahkamah syariah
        8. banyak hutang
        9. menerima keraian dari orang yang berkepentingan
        10. gunakan wang tabung amanah untuk kegunaan sendiri
        11. buat bayaran tanpa semak kerja telah siap atau belum
        12. sijil sakit palsu
        13. menghasut kakitangan kerajaan
        14. mengambil cuti rehat disaat khidmat diperlukan
        15. ingkar perintah ketua/melawan

      Etika Profesion Perguruan U9

      Etika - aturan perilaku, berprotokol, bertatasulia
      Profesion - bidang tugas / kerjaya
      Perguruan - pekerjaan sebagai guru
      Etika Profesion Perguruan
      • 1 tanggungjawab seorang guru terhadap masyarakat, negara, murid, rakan sejawat, ibubapa murid.
      Antara etikanya ialah ....
      1. orang percaya kepada guru
      2. menjaga maruah diri
      3. tugas dengan jujur
      4. tanggungjawab utama kepada murid
      5. tumpuan separuah perhatian  kepada keperluan murid
      6. mendidik tidak kira bangsa, agama
      7. bertugas sebagai pengganti ibu bapa
      8. bertindak secara adil kepada semua murid
      9. mengesan dan menerima perbezaan individu / murid
      10. menjaga maklumat murid
      11. bersikap baik dan menjaga darjat profesion perguruan
      12. tidak merosakkan pemikiran murid
      13. menanamkan sikap yang baik terhadap murid
      14. memberi keyakinan terhadap murid
      15. menjadi contoh kepada murid
      16. tidak menerima bayaran dari murid semasa bekerja
      17. tidak mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen
      18. tidak memaksa kepercayaan, agama.
      19. tidak meminta atau menerima hadiah dari ibubapa
      20. tidak boleh menjatuhkan nama  baik rakan sejawat
      21. kenaikan pangkat secara sah
      22. tidak mengiklankan dirinya untuk mendapatkan sesuatu pangkat

      Tuesday 21 June 2011

      Nilai Bitara UPSI U8

      3 nilai bitara UPSI lagi dalam unit ini ialah .......
      1. BERORIENTASIKAN PELANGGAN
        1. memenuhi kehendak pelanggan
        2. mempunyai 4 petunjuk :
          1. responsif - cepat dan segera
          2. proaktif - sentiasa menyediakan perancangan / strategi
          3. mesra - sentiasa ceria dan baik dengan murid
          4. berkualiti - membuat kerja dengan teliti
      2. PRIHATIN KEBAJIKAN ANGGOTA
        1. peka dengan orang bawahan
        2. mempunyai 4 petunjuk :
          1. peluang untuk maju - mengambil berat terhadap rakan-rakan
          2. empati - simpati dan bersedia mendengar masalah rakan
          3. penghargaan - mengucapkan tahniah kepada rakan
          4. keselesaan persekitaran - suasana yang kondusif
      3. KREATIF DAN INOVATIF
        1. paling campin / terror
        2. mempunyai 4 petunjuk :
          1. berdaya cipta - memikirkan sesuatu yang baru / idea baru
          2. penambahbaikan berterusan - perkara yang berterusan
          3. rebut peluang - mengambil bahagian secara aktif
          4. nilai tambah - menggunakan kemudahan yang diberikan dengan sebaiknya

      Nilai Bitara UPSI U7

      ada 6 nilai bitara UPSI. Tiga yang pertama dalam unit ini ialah ........
      1. INTEGRETI
        1. kualiti yang dimiliki secara tetap untuk mencapai prinsip moral yang tinggi dan tahap pro.
        2. pemilikan kualiti yang konsisten
        3. mempunyai 4 petunjuk:
          1. adil - mengajar biar betul, tidak mencuri tulang
          2. amanah - menyampaikan fakta yang benar
          3. telus - memberi markah secara telus
          4. akauntabiliti - mengajar mengikut silibus
      2. PROFESIONAL
        1. orang yang sudah pro, mahir dan cekap
        2. melatih diri untuk mencapai tahap kompetensi yang dikehendaki
        3. mempunyai 4 petunjuk:
          1. beretika - bermoral dan mengutamakan kepentingan sekolah
          2. iltizam - komited terhadap tugas
          3. cinta ilmu - suka menambah ilmu
          4. kompeten - menyiapkan tugasan berkualiti mengikut masa ditetapkan
      3. SEMANGAT BERPASUKAN
        1. bekerja dalam satu pasukan
        2. mempunyai 4 petunjuk :
          1. muafakat - menyelesaikan masalah secara bersama
          2. fokus matlamat - hala tuju yang dicapai
          3. hormat-menghormati - memberi penghormatan yang layak kepada rakan tanpa mengira usia
          4. bangga UPSI - suka dengan UPSI, promote dengan masyarakat bahawa UPSI ok.

      Teori Hierarki Keperluan U6

      • teori dari Abraham Maslow
      • mempunyai 5 keperluan asas
        1. fisiologi - 
          1. keperluan peringkat pertama dan utama
          2. keperluan makanan, minuman, tidur, rehat, seks, pakaian.
          3. keperluan ini mesti dipenuhi
        2. keselamatan
          1. keperluan kestabilan diri
          2. perlindungan bebas dari takut
          3. tidak merasa bimbang
          4. peringkat kanak-kanak dan orang dewasa sangat penting
        3. kasih sayang
          1. memerlukan perhatian dari ibubapa
          2. dan orang tersayang
        4. penghargaan kendiri
          1. pengiktirafan tentang diri sendiri
          2. penghormatan dari orang lain
          3. dikenali ramai, kejayaan sosial
        5. kesempurnaan kendiri
          1. menggunakan kebolehan yang ada pada diri
          2. bakat terpendam

      Pendekatan Humanistik U6

      1. nama terkenal seperti - Abraham Maslow dan Carls Rogers.
      2. fokus kepada pendekatan moral dan potensi
      3. lebih berpusat kepada murid
      4. setiap individu mempunyai cara belajar masing-masing
      5. strategi p&p hendaklah mengikut perkembangan emosi murid
      6. kecemerlangan kendiri boleh dicapai oleh setiap individu

      Pendekatan Kognitif melalui terapi realiti U5

      1. Saling berkait dengan teori pilihan.
      2. cara bagaimana kita membantu diri kita sendiri dan orang lain.
      3. proses memahami tingkah laku individu untuk memilih dan membuat keputusan dalam hidupnya.
      4. fokus kepada tingkah laku semasa
      Aplikasi Terapi realiti mengikut sistem WDEP
      • W - Want, meneroka kehendak, kemahuan, keperluan dan persepsi murid
      • D - Doing, meneroka arah tuju murid
      • E - Evaluation, murid membuat penilaian terhadap diri sendiri
      • P - Planning, berbincang dengan murid tentang pilihan murid untuk membuat tindakan

      Pendekatan Kognitif melalui teori pilihan U5

      Dari Glasser - cara bertingkah laku yang kita inginkan. keperluan asas menjadi punca dalam teori ini.  tanggungjawab adalah keupayaan utuk memenuhi keperluan. bersedia menghadapi halangan.

      Mengapa manusia bermasalah ?
      • keinginan tidak dipenuhi
      • menyayangi dan disayangi
      • penghargaan, bebas
      Akhirnya .........
      • kita yang control tingkah laku kita
      • masalah psikologi selalunya dari masalah hubungan
      • hubungan selalunya sentiasa wujud
      • keperluan asas yang dimaksudkan ialah
        • menyayangi 
        • ingin dimiliki
        • ingin penghargaan
        • ingin bebas
        • ingin gembira 
        • ingin terus hidup
      • kepuasan wujud setelah kehendak kita dipenuhi

      Latihan kemahiran tingkah laku U4

      ada 4 langkah untuk latihan ini :
      1. modeling
      2. arahan
      3. latihan
      4. maklum balas

      Strategi Membangunkan Sahsiah Murid U4

      Banyak ke arah peneguhan positif seperti :
      • memberi senyum
      • ucap kata-kata semangat
      • penghargaan spt tahniah, terima kasih, bagus, cuba lagi dan baik
      • beri bintang / ganjaran bila buat kerja dengan baik
      • adakan aktiviti kokurikulum untuk belajar bersosial bersama rakan dan guru

      Konsep teori pembelajaran U4

      tingkah laku kita sekarang, sebelum dan akan datang adalah dari tingkah laku kita setiap hari. 
      Antara tokoh terkenal :
      1. Ivan Pavlov - kajian terhadap pencernaan anjing. Pelaziman klasik iaitu tingkah laku dibuat adalah hasil dari gerak balas terhadap rangsangan yang diterima.
      2. Edward Thorndike - mengembangkan teori pavlov melalui pembelajaran instrumental iaitu ganjaran boleh berulang gerak balas, manakala denda boleh menghentikan gerak balas. juga kenalkan hukum kesan
      3. John Watson - meneruskan teori pavlov dan thorndike. kajian terhadap bayi tentang rasa takut boleh dilazimkan
      4. B.F. Skinner - mengembangkan teori thorndike, iaitu instrumental. ada 4, iaitu peneguhan positif, negatif, hukuman positif, negatif
      5. Albert Bandura - tingkah laku berlaku bukan sahaja pelaziman, tetapi juga proses mental. tingkah laku dibuat melalui pemerhatian persekitaran, model dll. dipanggil teori pembelajaran sosial.

      Monday 20 June 2011

      Mekanisme Bela Diri Psikoanalitik U3

      setiap individu harus tahu cara membela diri. id, ego dan superego ada pembelaan tersendiri :
      1. represi - paling asas, belajar cuba melupa peristiwa yang tidak diperlukan spt trauma
      2. penafian - cuba menolak jawapan orang lain yang menimbulkan keraguan
      3. rasionalisasi - cuba membuktikan tindakan itu wajar
      4. pindah gantian - marah dengan majikan, tetapi cuba memindah kemarahan itu kepada orang lain
      5. regresi - bersifat keanak-anakan. seperti dianggap gila.
      6. projeksi - spt. jumpa duit, tidak serah ke balai polis, duit diguna pula. kalau orang lain jumpa pun dia akan buat seperti dirinya juga.
      7. pembentukan reaksi - sanggup menukar tingkah laku seperti dari baik kepada tidak baik.
      8. sublimasi -  dari biasa kepada luar biasa

      Perkembangan personaliti individu U3

      Ada 5 peringkat :
      1. peringkat mulut/oral (0-1 tahun) - menyusu, dibelai
      2. peringkat dubur/anal (1-3 tahun) - cara membuang air kecil, besar
      3. peringkat falik (3-6 tahun) - psikomotor, kognitif mula berkembang, sering mengikut jantina masing-masing. ada daya tarikan mengikut ibubapa
      4. peringkat pendaman/latency (6-12 tahun) - sekolah rendah, perlu bermain, belajar, mengikut jantina, lelaki seperti bapa dll.
      5. peringkat syahwat/genital (dewasa) - berkahwin, matang, bekerja, berkasih sayang.

      Struktur Personaliti dalam psikoanalitik U3

      ada 3 sistem :
      1.  id - keinginan memenuhi kehendak asas
      2. ego - keperluan untuk patuh dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh masyarakat
      3. superego - ingin hidup dengan kod moral mengikut pandangan sendiri

      Pembentukan personaliti berdasarkan pendekatan psikoanalitik U3

      2 tahap yang wujud iaitu :
      1. Penentuan Psike - semua tingkah laku  dan emosi mempunyai tujuannya. sama ada tahap sedar ataupun sebaliknya. Ianya desakan naluri yang semulajadi sejak ia dilahirkan. Dengan erti kata lain desakan dalaman sendiri.
      2. Tahap kesedaran :
        • tahap sedar - ingat seperti minum, makan, berjalan
        • tahap prasedar - kurang ingat. berkait dengan perasaan seperti penilaian manusia terhadap tahap kesejukan atau kepanasan.
        • tahap bawah sedar - khayalan atau mimpi 

      Pendekatan Psikoanalitik sebuah pandangan U3

      Mengikut Sigmund Freud, dalam psikologi menyatakan tingkah laku seseorang itu adalah berpunca dari
      • pengalaman zaman kanak-kanak
      • penekanan perasaan erotik
      • konflik bawah sedar
      proses berlaku melalui perkembangan psikoseksual sejak lahir hingga dewasa.

      Point Penting Sahsiah U2

      1. Sahsiah yang ada pada setiap individu sentiasa berubah mengikut keadaan dan ini adalah proses pertumbuhan kendiri.
      2. Kita boleh memahami keadaan, faham peraturan setempat, boleh bergaul dengan baik. Ini adalah sebahagian sahsiah unggul
      3. Kita mesti bijak membuat keputusan, faham perasaan diri dan orang lain, boleh menyelesaikan masalah dalam keadaan yang stabil, bermakna kita berupaya memahami konsep sahsiah secara menyeluruh terhadap objektifnya
      4. Harus mengenal teori sahsiah untuk meningkatkan ilmu kita terhadap pemahaman sahsiah untuk diri kita dan orang lain.
      5. Sahsiah tetap akan berubah-ubah mengikut faktor usia. kita harus bijak meramal tingkah laku yang dibuat oleh murid
      6. Memang terdapat pelbagai faktor untuk membentuk sahsiah, kita harus memilih keutamaan faktor untuk membentuk sahsiah diri.

      Sahsiah dari bidang pendidikan U2

      Terdapat beberapa faktor sahsiah yang meliputi pendidikan khasnya di sekolah

      • visi sekolah
      • misi sekolah
      • baka dari setiap individu di sekolah
      • peraturan & etikan di sekolah
      • situasi atau keadaan di sekolah
      • motivasi dari guru kepada murid
      • individu masing-masing
      • organisasi sekolah
      Ini adalah point penting mengenai sahsiah

      Pentingnya belajar sahsiah U2

      • Perubahan sahsiah adalah proses pertumbuhan kendiri - setiap tingkah laku yang dibuat akan mengalami proses pertumbuhan kendiri.
      • Mencorakkan kendiri - harus pandai mengurus diri yang berperanan sebagai piawaian ke arah pencapaian dalam kehidupan.
      • Bercerita sahsiah secara menyeluruh - harus bijak mengurus sahsiah murid
      • Penjelasan secara teori - sahsiah unggul atau sahsiah teruk. Pengalaman diri  sedia ada hasil dari interaksi belum mencukupi untuk memerihalkan seseorang.
      • Menjangkakan dan meramal tingkahlaku - boleh meramal tingkahlaku berdasarkan pengalaman kehidupan dan interaksi dengan pelbagai individu yang dilalui

      Sunday 19 June 2011

      Ciri-ciri sahsiah U1

      Ada 4 aspek.
      • kognitif - cara berfikir, cara tangani stress, keperluan bekerja, cara urus diri
      • fizikal - cara tunjukkan tingkah laku, cara bergaya, cara urus diri
      • sosial - cara berinteraksi, cara orang lain menerima diri, cara memberi dan menerima pendapat
      • rohani - hubungan Tuhan, semangat jiwa, konsep diri yang baik.    
      Aspek Islam
      • hubungan kita dengan Tuhan,
      • hubungan sesama kita
      • cara kita bergaul
      • adap hidup - bersopan santun
      • ibadat - taat pada perintah Tuhan
      • jihad - semangat juang lawan nafsu
      • ilmu - menuntut ilmu tanpa batasan
      • pengetahuan - mengaplikasikan pengetahuan untuk diri sendiri dan orang lain

      Faktor pembangunan sahsiah U1

      Faktor Baka
      • Saiz badan. kurus, gemuk.
      • penyakit. diwarisi melalui baka. jika sakit kurang aktiviti sosial.
      • kecerdasan. manusia berbeza kecerdasan. sahsiah akan positif jika tahap kecerdasan tinggi
      • temperamen. sifat semula jadi. stabil emosi lebih mudah bergaul.
      Faktor Persekitaran
      • keluarga - didikan family, cara komunikasi, kewangan famili,
      • pengalaman awal - jika selalu dihukum akan rasa bersalah. boleh membentuk sahsiah negatif
      • kebudayaan - jika keluarga menekankan kekayaan, anak akan bersifat materialistik
      • pengaruh sekolah - sahsiah akan positif jika suasana sekolah baik, bimbingan guru yang baik
      • pengaruh rakan sebaya - mudah dipengaruhi, ingin buktikan kemampuan diri pada kawan
      • media massa - bahan menarik yang berguna boleh menggalakan individu berfikir dan meningkatkan sahsiah
      • masyarakat - nilai yang baik akan melahirkan anggotanya yang bertanggungjawab

      Maksud pembangunan sahsiah dari pelbagai sudut perpesktif U1

      Sudut Islam.
      • Pembangunan sahsiah merangkumi semua aspek iaitu jasmani, rohani, nalui dan akal individu. Ianya boleh membina akhlak, peribadi dan perangai dengan tujuan menjadikan seseorang itu mempunyai tamadun, berakal, mempunyai nilai murni serta berdaya maju.
      Sudut Barat.
      • Pembangunan sahsiah lebih merangkumi aspek jasmani iaitu meningkatkan status kuasa diri serta kelas sosial ekonomi manusia.

      Definisi umum pembangunan sahsiah U1

      Pembangunan sahsiah adalah merupakan semua tingkah laku yang tetap iaitu yang pasti pada seseorang individu, namun ianya berlainan dengan orang lain. Setiap tingkah laku mewakili perwatakan seseorang individu yang dapat dilihat dan dinilai melalui tingkah laku yang ditunjukkannya.

      Friday 10 June 2011

      Tatacara Penghantaran Ujian 2

      Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
      Kepada semua pelajar PJJ yang dikasihi,
      Pelayan MyGuru2 mengalami gangguan teknikal disebabkan akses yang terlampau banyak serta kemasukan fail yang besar. Perkara ini biasa berlaku termasuklah pada laman-laman web besar seperti Maybank2u dan MyEG disebabkan ketidakupayaan sistem menampung pelajar yang terlampau ramai.
      Untuk mengatasi masalah ini, buat sementara waktu, pihak kami menyediakan perkhidmatan e-mel untuk pelajar menghantar UJIAN 2 KPD3016 (bagi yang belum sempat hantar sahaja)
      Kaedahnya (sila patuh dengan kaedah ini satu-persatu)

      1. Namakan fail anda dengan D(6 nombor terakhir), _ dan nombor kumpulan anda.
          CTH : D045634_B16 B16 anda kumpulan anda

      2. Emelkan fail ini ke ujian.kpd3016@gmail.com

      3. Tajuk emel anda adalah UJIAN 2 KPD3016 : <D(6 nombor terakhir>-<KUMPULAN>-<NAMA      PENSYARAH>
      Contoh tajuk emel : UJIAN 2 KPD3016 : D045634-B16-Dr Nurul Huda

      4. Tidak perlu tulis apa-apa dalam emel, hanya lampirkan fail sahaja.

      Sila ikuti langkah-langkah dan kurangkan kesilapan.
      SILA HANTAR SEBELUM ATAU PADA 12 JUN 2011
      Sekian, terima kasih.

      Tuesday 7 June 2011

      JADUAL PEPERIKSAAN SEMESTER 1

      Tuesday, June 07, 2011
      Posted By : Ahmad Wiraputra Bin Selamat
      Attachment :

      Maklumat Jadual Peperiksaan
       
      i) 9 Julai 2011 (9.00 pg - 10.15pg : HNS 2013 Kenegaraan)
                            (2.30 ptg - 3.15 ptg : KKD 2063 Pembangunan Sahsiah)
       
      ii)10 Julai 2011 (9.00pg - 12.00tgh: FIK 3032 English for Communication II)

      Tutorial untuk kursus KPD 3026 Pengajaran,Teknologi dan Penaksiran 2
       
      i) Kedah,Terengganu,Kelantan :17 Jun 2011 (Jumaat)
      ii) Johor, Negeri Sembilan, Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang : 18 Jun 2011 (Sabtu)
       
      Masa : 8.00pg-1.00pm dan 2.00pm-7pm
        
      * para pelajar di Terengganu : Pusat tutorial telah ditukar ke SMK.Sheikh Abdul Malek.
       
      Sekian, terima kasih
       
      PUSAT PENDIDIKAN LUAR (PPL), UPSI

      Thursday 2 June 2011

      Takwim Akademik Kita

      Thursday, June 02, 2011
      Posted By : Suhaila binti Abusairi
      Attachment : TAKWIM AKADEMIK.pdf
      Salam 1 Malaysia kepada semua pelajar PJJ.
      Berikut dilampirkan Takwim Akademik bagi SEMESTER 2 (Semester 1 bagi PPG) dan SEMESTER 1 (Semester 2 bagi PPG).

      Sila download fail berikut. Sekian, harap maklum. 