Thursday, 28 April 2011

Cara Masukkan Gambar Ke Dalam Forum

Berikut diberikan beberapa langkah untuk memasukkan gambar ke dalam forum.
  • 1. upload dulu foto anda di flickr, photobucket,postimage atau website anda
  • 2. selepas upload, bawak cursor ke gambar tersebut,pastikan gambar di view pada saiz asal bukan thumnail
  • 3. klik kanan
  • 4. klik "properties"
  • 5. copy url foto tersebut contoh hxxp://farm4.static.flickr.com/3148/30637ee2f.jpg (pastikan extension .JPG pada akhir url )
  • 6. aktifkan kotak quick reply dan klik icon seperti yang di tanda dengan anak panah di dalam gambar di bawah ;

  • 7. masukkan link gambar kedalam kotak URL image

8.sudah siap untuk di post keforum ;

  • * Untuk pengetahuan size lebar gambar/panjang sisi telah di set kepada maksimum 800pixel,
  • jadi mana-mana gambar yang di upload melebihi saiz akan di resaiz secara automatik.
  • sebaik-baiknya sila resaiz gambar kepada 800px atau kurang sebelum upload.
  • * jika server image hosting sudah memberi code utk gambar ..hanya perlu copy dan paste sahaja ke forum.tak perlu klik ikon untuk masukkan gambar.
  • dan biasanyacode utk gambar mengandungi come bermula dengan [img] dan berakhir dgn [/img]
  • antara server percuma yang boleh di upload gambar adalah :
www.photobucket.com
http://imageshack.us
Maklumat diperolehi dari dome
Nikon Inside

Wednesday, 27 April 2011

Teori Kecerdasan Pelbagai

Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat. Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-duanya adalah profesional. 

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi, jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai (Armstrong, 1994). 

Kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang murid mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Kecerdasan – kecerdasan yang dikemukakan oleh Gardner adalah seperti berikut : 

  • KINESTETIK
Kebolehan menggunakan sebahagian atau keseluruahan anggota tubuh badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah. Cekap mengintepretasi pergerakan anggota atau tubuh. Lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan badan seperti bersukan, menari, gimrama dan lain-lain. Seseorang individu juga cekap memanipulasi objek fizikal dan dapat mengimbangi antara pergerakan fizikal dengan mental. 

  • INTERPERSONAL
Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Dapat memberi motivasi kepada orang lain. 

  • INTRAPERSONAL
Kebolehan untuk refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri. Individu ini cuba untuk memahami perasaan dalaman, impian, perhubungan dengan orang lain, kelemahan dan kekuatan yang ada. Kemahiran yang ada ialah mengenalpasti kelemahan dan kekuatan sendiri, menganalisis diri sendiri dan menilai cara berfikir. 

  • LOGIK-MATEMATIK
Kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. 

  • MUZIK
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk musikal, mendengar dan mengecam paten, membezakan antara bunyi dan cipta musik. Sensitif dengan bunyi di persekitaran. Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah musik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak musik. 

  • VERBAL LINGUISTIK
Kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis. Individu ini mempunyai kemahiran mendengar dan berfikir dalam bentuk perkataan. Kemahirannya meliputi mendenganra, bercakap, menulis, bercerita, menerangkan, mengingat maklumat, memahami perkataan 

  • VISUAL - RUANG
Kebolehan untuk berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan paten(corak). Kebolehan untuk membentuk model secara visual dan mengaplikasi model itu kepada dunia fizikal. Individu ini gemar melihat peta, carta, gambar, video dan filem. Kebolehan individu ini ternasuk membaca, menulis, memahami carta dan graf. melakar, melukis dan menterjemah imej secara visual. 

  • NATURALIS
Seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah. Lebih menghabiskan masa di luar dan gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat di alam sekitar. Individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkaitkan antara kehidupan flora dan fauna.

Hantar Assignment Ujian 1 Mengikut Group Kita

Assignment - KPD3016

Details
Title Ujian 1 Kumpulsn EL SO7
Lecturer Rosnidar binti Mansor
Description Assalamualaikum pelajar semua gunakan linkini untuk uploadkan jawapan ujian

Submit Assignment
Upload File Draft Final
[DRAFT - Only for draft, cannot be marked by lecturer, FINAL - Finalized and will be marked]
Assignment Infomation
You can submit your assignment offline

Konstruktivisme & Pembelajaran Masteri

Dalam pendekatan konstruktivisme, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada murid untuk membina pengetahuan baru manakala pendekatan pembelajaran masteri pula, semua murid mesti menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam sesuatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.
 
Kedua-dua pendekatan ini harus digunapakai oleh semua guru kerana pedekatan ini saling berhubung kait. Kedua-dua pendekatan ini juga relevan untuk pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Walau bagaimanapun, jika pengajaran dan pembelajaran tersebut memerlukan pemahaman murid yang cepat, maka  pendekatan kontruktivisme adalah lebih relevan kerana ia melibatkan pengetahuan sedia ada murid yang membolehkan murid cepat faham terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.

Informasi Tentang Ujian 1 KPD 3016

Ujian 1 akan dimuatnaik melalui  link "announcement" sebagai attachment. Skema jawapannya akan dihantar salinannya ke dalam peti surat pensyarah yang terlibat pada hari Selasa, 2 Mei 2011. Sila semak peti surat masing-masing. Oleh sebab 1 Mei 2011 adalah hari cuti, tempoh Ujian 1 akan dilanjutkan sehingga malam Isnin, 11.59 mlm. Harap maklum.

 Posted by : NURHUDA Nurulhuda binti Abd Rahman
 Tue, Apr 26, 11 

Tuesday, 26 April 2011

Ciri-ciri guru berkesan

Bagaimana dan apakah  ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:
  1. Bersikap profesional.
  2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori. 
  3. Kaya ilmu.
  4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.
  5. Bermoral teguh.
  6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
  7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
  8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
  9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
  10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.
  11. Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas. 
  12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.
  13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
  14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).
  15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.
  16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.
  17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Monday, 25 April 2011

Ujian 1 Pengajaran Teknologi & Penaksiran 1

Salam sejahtera kepada member semua.. Ini adalah salah satu makluman yang saya terima dari pensyarah Nurulhuda. Pada pendapat saya, kemungkinan besar tarikh ini mungkin sama bagi semua kumpulan. Jadi, sila ambil perhatian terhadap makluman ini. Biar kita tahu awal, jangan kita ketinggalan!

Total Announcement : 28 Post
Monday, April 25, 2011  - Permanent
Makluman tentang Ujian 1

Kepada semua pelajar dan pensyarah,
Seperti yang diumumkan minggu lepas, Ujian 1 akan dimuatnaik minggu ini pada 29 April 2011 (Jumaat) @ 8.00 mlm dan tarikh dan waktu terakhir menghantar adalah pada 1 Mei, 2011 (Ahad) @11.59 mlm.

Harap maklum.

 Mon, Apr 25, 11