Tuesday, 24 May 2011

Ujian 2

Monday, May 23, 2011 - Permanent

MAKLUMAN TENTANG UJIAN 2

KEPADA SEMUA PELAJAR DAN PENSYARAH
  • Minggu ini merupakan minggu ke-11 sesi P&P. Ujian 2 akan dijalankan pada minggu hadapan iaitu minggu ke-12. Soalan akan dimuat naik pada hari Jumaat, 3 Jun 2011 pada jam 8.00 mlm. Anda diberi masa seminggu untuk menjawab. Sebarang masa tambahan adalah bergantung sepenuhnya kepada pensyarah e-learning masing-masing.

Harap maklum.

Nurulhuda binti Abd Rahman

Mon, May 23, 11

Friday, 20 May 2011

Tugasan MUKTAMAD

Thursday, May 19, 2011 - Permanent
TUGASAN MUKTAMAT

Assalamualaikum pelajar semua,

Saya ada beberapa perkara yang ingin disampaikan disini.

1. Tugasan

Saya telah lihat beberapa tugasan yang anda hantar. syabas atas usaha anda. Walaupun begitu saya dapati ada pelbagai versi tugasan yang dihantar dan ada pula yang tidak menghantar tugasan dengan pelbagai alasan. Dengan itu, saya membuka peluang terakhir untuk semua pelajar untuk menghantar tugasan anda semula dalam folder baru yang akan saya buka dengan nama TUGASAN MUKTAMAT.

Untuk tugasan muktamat ini sila buat tugasan mengikut arahan seperti "Rangka unit pengajaran komponen 1-7" yang saya sertakan bersama ini sekali lagi.

Kepada sesiapa yang telah membuat tugasan mengikut pecahan 1, 2 dan 3 sila buat semula untuk sesuaikan bagi "Rangka unit pengajaran komponen 1-7". Sebenarnya ia adalah benda yang sama cuma untuk yang mempunyai 7 komponen ini anda tidak perlu untuk membuat video pengajaran.

Anda boleh membuat mengikut bidang kepakaran anda.

Kepada sesiapa yang memang telah membuat tugasan mengikut komponen 7 seperti yang diarahan dan telah menghantar kepada saya, masih berpeluang untuk mengubah suai dan menambah baik tugasan anda dan Sila hantar semula.

Penghantaran tugasan muktamat adalah pada 8 jun 2011.

Tugasan itu boleh dibuat secara berkumpulan sehingga 5 orang setiap kumpulan.Bagaimanapun, setiap orang mesti menghantar tugasan masing-masing melalui MYguru. Sesiapa yang menghantar tugasan melalui email tidak akan dilayan.

Anda juga perlu menghantar tugasan kepada saya dalam bentuk hardcopy kepada alamat dibawah secara berkumpulan. iaitu satu kumpulan satu tugasan

Alamat saya:

Rosnidar Mansor

Jabatan Pengajian Pendidikan

Fakulti Pendidikan dan PembangunanManusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Tanjung Malim, Perak

Semua tugasan dalam bentuk softcopy dan hard copy mesti sampai kepada saya selewat-lewatnya 8 jun 2011. Sebarang kelewatan dengan sebarang alasan tidak akan diterima.

2. Kesilapan menghantar tugasan dalam folder myguru

Saya telah terima banyak email tentang kesilapan mengupload tugasan atau ujian. saya harab kesilapan seperti ini tidak berlaku lagi dan tidak sepatutnya berlaku. sila hati-hati semasa mengupload sebarang tugasan dalam Myguru.

3. Forum

Masih ada pelajar yang tidak menyertai forum. Sila lakukan segera.

Akhir sekali saya harab anda semua dapat memberi komitmen yang baik terhadap pembelajaran anda.

Selamat Maju Jaya dan Selamat Hari Guru untuk Semua

Rosnidar Mansor

Monday, 16 May 2011

Bahan Rujukan Untuk Kenegaraan

Monday, May 16, 2011  - Permanent
bahan rujukan
salam bahagian kepada para pelajar yang dikasihi
  • untuk makluman semua saya telah mengaploadkan bahan-bahan yang berupa slide power point yang berkaitan untuk rujukan cikgu-cikgu semua. harap dapat membantu untuk rujukan dan penyediaan tugasan.tq
 Posted by : ABDULLAH Abdullah bin Yusof
 Mon, May 16, 11

Selamat Hari Guru

Selamat Hari Guru 2011

Tema Hari Guru Tahun 2011 ialah :
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
 Dari Ketua Pentadbir Blog PPGUPSISesamaKita

Selamat Hari Guru

Monday, May 16, 2011
Posted By : Ahmad Wiraputra Bin Selamat
Attachment :

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

  • PASUKAN MyGuru2 MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU

Penilaian Gred Kursus

Julat Markah

Gred
Nilai Gred
80  –  100
75  –   79
A
 A-
4.00
3.75
70  –   74
65  –   69
60  –   64
  B+
B
 B-
3.50
3.00
2.75

55  –   59
50  –   54
45  –   49

  C+
C 
C-

2.50
2.00
1.75

40  –   44
35  –   39
  D+
D
1.50
1.00
0 – 34
F
0.00