Program Pensiswazahan Guru Universiti Pendidikan Sultan Idris Sesama Kita Saja Bah!
Showing posts with label Hari Guru. Show all posts

Monday, 16 May 2011
Selamat Hari Guru 2011
Tema Hari Guru Tahun 2011 ialah :
Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
Dari Ketua Pentadbir Blog PPGUPSISesamaKita
Selamat Hari Guru
| Monday, May 16, 2011 Posted By : Ahmad Wiraputra Bin Selamat Attachment : |
Dialah pemberi paling setia Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa. Dialah ibu dialah bapa juga sahabat Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat. Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara. Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku Budi yang diapungkan di dulang ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)